Thursday, 17 November 2011

TAKDIR KEHIDUPAN

Perkara yang ingin disampaikan menlalui tajuk di atas ialah, sebelum kita bertanya 'apakah tujuan hidupku' kepada kita sendiri , perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mengosongkan minda dan hati kita dengan sangkaan-sangkaan salah yang memenuhi minda selama ini  tentang kehidupan. Contohnya, "Aku hidup tanpa tujuan".

"Aku dihidupkan bagi menikmati segala keindahan dunia"

"Mungkin aku hidup bagi membayar semula hutang pada kehidupan yang lepas"

Sesudah minda kita kosong daripada sangkaan-sangkaan yang belum tentu benar, baru kita boleh menoleh sejenak ke dalam diri dan mula bertanya "Benarkan aku hidup dengan hanya satu tujuan?" dan "Apakah tujuan itu?"

Hanya 20 minit 

1) Keluarkan satu kertas kosong berwarna putih.

2) Tuliskan diatas kertas itu dengan perkataan 'Apakah tujuan hidup saya?'

3) Kemudian tuliskan semua jawapam yang anda terfikir. Ulang langkah tiga ini sebanyak tiga kali sehingga anda berjumpa dengan satu jawapan yang berjaya membut anda mampu mengalirkan air mata.

4) Kaji jawapan yang boleh membuat anda menangis tadi. Mengapakah jawapan itu berjaya membuat anda tersentuh dan menangis.


kita sudah berjaya jujur kepada diri kita selepas kita berjaya menangis dan meruntuhkn ego kita. Oleh itu, menlalui kaedah ini, kita sebenarnya hanya perlu jujur dalam mencari maksud kehidupan ini.



Friday, 30 September 2011

JALAN KELUAR DARI KESULITAN

Ingat lah. Bahawasanya ..

Apabila engkau dilanda musibah atau ditimpa kesulitan , maka janganlah meminta bantuan kepada selain Allah, jangan berdoa selainnya serta jangan pula menundukkn diri kepada orang yang sudah mati di makamnya atau tulang belulang yang sudah hancur lebur di dalam kuburnya. Dan sampaikanlah keinginanmu kepada sesiapa (Tuhan) yang di langit, kerana di sanalah dikabulkan do'a. Allah berfirman:

"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila berdo'a kepada-Nya" QS An Naml:62


Dan tidak ada tempat untuk lari dari dugaan.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: << Kami telah beriman>.,sedang meraka diuji lagi?" QS.Al'Angkabut:2

Dan apabila musibah datang menimpamu , maka hadapilah dengan penuh kerelaan dan beserah diri (kepada Allah). Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya" QS. At Taghaabun

Janganlah kamu berasa jengkel terhadap musibah yang telah dituliskan, kerana kejengkelan itu tidak akan menghilangkannya. Berhati-hatilah janganlah menyesali kerana telah kurang berhati-hati sebelum ketentuan takdir terjadi dengan "Seandainya", kerana sesungguhnyakata itu berasal dari syaitan.

Nabi 'alaihis shalatu wassalam' bersabda:
"Bersungguh-sungguhlah pada apa yang membwa manfaat kepadamu! Mohon pertolongan kepada Allah dan janganlah lemah! Danj jika kamu ditimpa sesuatu (musibah) maka janganlah kamu mengatakan: "Seandainya saya melakukan begini, pasti terjadi begini dan begini" akan tetapi , katakanlah : "Allah telah menakdirkan, apa yang dikehendaki-Nya, Dia lakukan" kerana sesungguhnya kata "Seandainya" membukakan pintu bagi campur tangan syaitan. HR Muslim

Oleh sebab itu, serahkanlah segala urusanmu kepada Allah! kerana, sekali sekali-kali tidak datang kepadamu dari nikmat dunia kecuali apa yang telah dikhususkan untukmu daripadanya.