Tuesday, 14 February 2012

AYAT DI PAPAN KENYATAAN

Sebaris ayat di papan kenyataan
memaklumkan kita
yang dicari belum ditemui
yang hilang tiada berganti

Sebaris ayat di papan kenyataan
mengingatkan kita
payanhnya mengutip butir permata
antara serpihan kaca
sukarnya membeza rupa
yang berkilat hanya sementara

Sebaris ayat di papan kenyataan
acapkali melalaikan kita
yang dibaca luput di ingatan
yang disimpan tercicir di jalanan. 


DAN HILANG BERIGITU SAHAJA. Umpama, "Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan"