Tuesday, 14 May 2013

ISLAM ITU SYUMUL


Bismillah ,

Mengapa jadi orang Islam kalau takut dengan Islam? 

Meh sini sat cek habaq sikit dekat hangpa semua ni...

1. Tak nak tutup aurat, takut dengan tutup aurat tu jatuh saham. Nampak tak menarik. Padahal Allah bagi janji menarik - Syurga.

2. Tak nak solat, takut dengan solat kawan-kawan kata budak surau, kaki masjid, tunjuk warak, tunjuk alim. "Tak amerika la". Padahal Allah janjikan dengan kejayaan - Syurga.

3. Tak nak kahwin awal, takut dengan kahwin
awal itu macam-macam perkara yang tak tercapai akal akan terjadi pada masa depan diri. Rela couple sampai terluka hati. Rela couple sampai buang bayi. Padahal Allah janjikan dengan ketenangan dan rezeki serta anak pinak dari cara yang halal.

4. Tak nak politik Islam, takut dengan naiknya Islam maka hancurlah perniagaannya, rugilah industri hiburannya, larilah pelanggannya, tak majulah bisnesnya, bankraplah perdagangannya. Padahal janji Allah dengan rezeki yang melimpah ruah bila keluar zakat, bila bersedekah, bila infak, bila cari rezeki yang halal dan bila tolak segala manipulasi, monopoli, tipu, rasuah, riba dan penindasan dalam bermuamalat - Syurga.

5. Tak nak berhibur cara Islam, takut dengan berhibur cara Islam itu rugilah tiket konsert, membosankan sebab tiada goyangan badan serta dedahan aurat seksa mata, siapa nak tengok. Padahal Allah bagi jaminan rezeki yang halal itu biarpun sedikit itu lebih berkat dari dapat duit banyak berjuta-juta tapi haram.

6. Tak nak hidup cara Islam, takut dikatakan tak up to date dan jumud. Tak style lah. Apa ni itu tak boleh, ini tak boleh. Rimaslah tak bebas nak buat apa saja. Padahal Allah dan janji, boleh bebas sebebasnya dalam Syurga nanti dengan pelbagai kenikmatan dan kemewahan memenuhi di antara langit dan bumi. Hidup di dunia hanya 60 hingga 70 tahun sahaja. Hidup di sana kekal selamanya.

Tapi, bila menjelang je Hari Raya Aidilfitri or Aidiladha, semua nak jadi orang Islam. Eh, tak takut pula dengan hari raya? Takutlah..takutlah.. Raya nak, jadi orang Islam yang mengamalkan Islam, tak nak.

Laksana agama Islam, apa nak ditakuti.
Janji Allah, janji ditepati.


From : Abg Rusydi 

WAHAI ANAK KECIL

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Bermula kisah, Seorang budak perempuan pulang ke rumahnya. Comel. Baru darjah dua. Baru balik dari sekolah. Berbaju sekolah, tanpa tudung di kepala.

Langkahnya pantas. Tergesa-gesa. Masuk saja ke dalam biliknya, tanpa sempat menanggalkan kedua-dua stoking dan baju sekolah. Dicapainya gunting kecil miliknya di atas meja.

Duduk di hadapan cermin. Perlahan-lahan digunting rambut kerintingnya sampai habis. Sampai pendek nampak ubun-ubun dan kulit kepala.

Seketika dia terdiam. Terduduk. Menangis sendirian.

Mamanya masuk ke bilik menjenguk anak perempuan kesayangannya. Terkejut mamanya. Terus dicapainya gunting di tangan anaknya. Dicampak jauh-jauh.

Mama: "Hei, kenapa ni?! Kenapa syg gunting rambut sampai botak ni?!"

Merah padam muka mamanya. Marah pun ada. Geram pun ada. Hairan pun ada. Ditanya berkali-kali. Tapi si anak enggan menjawab. Lantas dipanggil papanya masuk ke bilik. Dipaksa papanya pula yang menyoal-siasat anaknya.

Papa: "Sayang, cuba cerita apa yang dah berlaku. Ada kawan buli sayang di sekolah? Kalau ya, biar papa pergi mengadu dekat cikgu besar!"

Si anak: "Jangan papa. Tak ada siapa yang buli saya."

Papa: "Habis tu? Kenapa sampai macam ni?"

Si anak: "Tadi di sekolah, ustazah ceritakan balasan orang yang tidak menutup aurat. Yang tak pakai tudung. Saya ada salin nota ustazah tulis di papan hitam. Kejap saya baca nota ustazah bagi;

1. Ada riwayat mengatakan sehari di akhirat bersamaan 50 ribu tahun di dunia. Mahukah rambut kamu dibakar selama 50 ribu tahun dengan api neraka? Dibakar sehingga menggelegakkan otak lalu cair otak dan tumbuh kembali. Kemudian dibakar lagi berulang kali. Jika tak pakai tudung selama 10 tahun, bayangkan dah beratus-ratus ribu tahun kita dibakar dalam neraka!

2. Surah al-Naba' juzuk 'Amma menyebut tentang masa diazab, antaranya firman Allah,

"La-Bithiina Fiihaa Ahqaaba"
Terjemahan: 'Mereka tinggal di sana berabad-abad lamanya." (ayat 23)

Mufassir al-Quran mengatakan 'Ahqaaba' bukan untnk menunjuk ukuran waktu yang pasti secara tepat, tetapi untuk menunjukkan ianya suatu tempoh waktu yang sangat lama."

Mama: "La! Habis tu yang kamu gunting rambut sampai habis ni kenapa lak?"

Si anak: "Kalau saya dah tak ada rambut, tak ada lah rambut yang nak kena bakar lagi di neraka. Betul kan, mama?"

Mama: "Err..."

Papa: "Ustazah kamu tu sengaja takut-takutkan kamulah. Ni yang papa tak nak hantar ke sekolah rendah agama ni."

Mama: "Kita tukarkan je lah anak kita ni esok. Kita pindah ke sekolah SRJK(C) di hadapan tu. Lagi bagus boleh kuasai bahasa Cina nanti."

Papa: "Bagus cadangan tu. Esok papa pergi mengadu dengan pengetua suruh berhentikan ustazah tu sebab sengaja mengelirukan pemikiran kanak-kanak! Mana dia tahu semua ni, dia pernah sampai kat akhirat ke sampai tahu beribu2 tahun bagai kena seksa tu?! Lol! Cetek pemikiran punya ustazah!"

Mama: "Entahnya! Budak-budak tak perlu pakai tudung pun pergi sekolah! Suka hati orang la nak pakai ke tak. Ikhlas tu penting. Tak boleh paksa2 orang dengan kata kena seksa bagai ni. Ni dah kes paksa dan ugut ni."

Si anak terdiam melihat gelagat mama dan papanya. Dia teringin nak bertudung seperti kawan-kawan sekolah yang lain. Tapi mama selalu larang. Sebab mama tak bertudung. Mama kata bertudung kena dari hati. Bukan dari peraturan sekolah atau sesiapa. Mama pun tak bertudung. Papa tak pernah kisah. Papa bangga mama rambut lurus rebonding cantik mengurai. Mama memang cantik. Papa suka tayang kecantikan mama ke mana-mana dan di mana-mana. Papa bangga kahwini mama. Mama sampai buat Gwiyomi untuk papa dalam youtube.

Malam sebelum si mama dan si papa tukarkan si anak ke sekolah lain, budak perempuan tu menyusup ke dalam kamar papa dan mamanya sewaktu mereka tengah nyenyak tidur.

Digunting botak rambut mama. Dicukur sekali rambut papanya.

Budak perempuan tu memang takut dimarahi mama papanya. Tapi hatinya lebih takut azab Allah.

Sekarang hatinya lega sedikit. Puas memandang kepala papa dan mamanya.

From : Abg Rusydi a.k.a Rusydee Art