Saturday, 16 November 2013

JOM LAH NIKAH

بسم الله الرحمن الرحيم

 "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.





Jadikan sebagai sumber rujukan ataupun pencetus idea kepada bakal zauj ataupun zaujah diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal, mungkin untuk dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-masing.

*Kita perlu risiko dalam kahwin awal. :) Baru ujian dari yang Maha Esa. Jika dalam Al Quran dan tulis dan Hadis pun dah sebut. Kenapa kita perlu kurang yakin ? Yakin dengan Firman Allah. Nescaya Dia akan mudahkan. InshaAllah


Antara sebab kenapa perlu kahwin muda


1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan Ma dan Abah, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik, kuat agamanya, mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh, rajin, seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat. SubhanAllah :) 

*Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?


2.Ingin menjaga mata, hati dan kemaluan

Ma dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri, kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata, zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata, hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini ? Astaghfirullah

*Jangan sampai fitrah boleh menjadi fitnah - Ustazah Fatimah Syarha


3.Mencari ketenangan

Apa perasaan Ma dan Abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti Ma dan Abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi, jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa, ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketenangan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.

*Nikah atau kahwin itu ibadah :)


4.Teman dalam pelajaran

Ma dan Abah risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?

*Nikah mendapat restu dari IbuBapa akan mendapat Redha Allah. [ PAHALA ]


5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak ketiga. Abg dan kakak semua sudah berkahwin. Secara jujurnya, sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit. Ya Allah, terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Ma,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari ma. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

*Seseorang yg halal boleh jaga diri sy takala Ibu jauh dikampung 


6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan, dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa, kami ingin menjadi pejuang agama, bangsa dan negara. InshaAllah

*Seseorang yg halal untuk jadi pemangkin semangat. [ PAHALA ]


7.Hilang fokus

Ma dan Abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar, kahwin, dapat anak, sambung belajar sampai PHD ,pergi kuliah-kuliah agama, beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah untuk islam. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini, hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali :(

*Ma dan Abah tak rasa apa yg kami rasa, kami yg belajar, hati kami yg merasai. Mmg semua ini perlu risiko. Sy sanggup hadapi risiko untuk mendpt pahala :)


8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah. :( Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T Sob Sob

*Bila lihat isteri. [PAHALA ]
*Enjoy dengan isteri. [ PAHALA ]


9.Menjadi lebih bertanggungjawab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Ma dan Abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insha Allah, tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

*Mendidik diri supaya lebih bertanggugjawab kan ada isteri :)


10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok atau hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu niat kerana Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan tawaduk dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Ma dan Abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.


*Saya yakin, jika niat kerana Allah. Dia akan mudahkan semua urusan nanti. Insha Allah

End. Tambah sikit. Muehehe


11.Dapat menantu perempuan cepat. :) :)

Nampak seperti gurauan, tetapi itulah hakikatnya.Hahaha tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke? Solehah dan baik agamamnya :) Hehe. Ma dan Abah. Bila kahwin ini Ma dan Abah tidak kehilangan saya. Jangan risau, Ma dan Abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya, Ma dan Abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita. Insha Allah. 

*Moga Allah memberkati. TabarakAllah



Lepas baca amik kertas dan buat surat guna pena sendiri. Bagi Ma dan Abah percaya serta yakin dengan kita. Berfikir panjang dan letak Allah sebagai no 1 dan jangan lupa rujuk agama sekali. :)

No comments:

Post a Comment