Monday, 17 November 2014

AKHIR ZAMAN

Hari akan aku kongsikan kepada semua mengenai golongan yang terdapt di waktu akhir zaman.Terdapat dua golongan didalam islam:-
1) Mutasahilun ialah golongan yang bermudah-mudah dengan ajaran Islam. Kelemahan itu menyebabkan mereka mula diresapi ideologi songsang tentang Islam seperti Islam liberal, Islam demokrat, pluralisme agama dan sebagainya. Mereka golongan umat Islam yang hanya menerima sebahagian ajaran Islam yang mudah dan diterima akal manakala sebahagian lain dipinggirkan.
2) Mutasyaddidun pula golongan yang ekstrim. Mereka terlalu sayangkan Islam tetapi tidak faham Islam. Kejahilan mereka terus dipergunakan untuk memberi rupa buruk terhadap Islam di mata masyarakat dunia. Mereka diajar jihad tanpa feqh. Mereka golongan gelojoh untuk memartabatkan Islam.
"Menang hari ini, esok terus nak jalankan hudud. Kalau ada orang mencuri, mereka akan tangkap sendiri dan terus potong tangan tanpa mengikut syarat-syarat dan prosedur sepatutnya." 
Kedua golongan ini dibiayai secara halus oleh barat. Mungkin mereka sendiri tidak sedar siapa yang biaya mereka. Barat amat perlukan kedua kumpulan ini supaya Islam yang tulen tenggelam. Pertembungan Islam sesama Islam akan terus berlaku jika umat Islam masih tidak menyedari perkara ini.
Disinilah pentingnya ajaran Islam dipelajari mengikut manhajnya yang sebenar.  Firman Allah: 
فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين 
"Perlu ada satu kumpulan dari kalangan umat Islam yang keluar memahami agama"
Allah sebut lafaz tafaqquh, dengan maksud faham bukan sekadar taallum iaitu belajar. Bukan semua orang belajar itu faham.
Disamping itu Islam juga mengajar bahawa setiap yang baik itu adalah milik umat Islam.
"Sabda Rasulullah SAW:
الحكمة ضالة المؤمن حيثما وجدها فهو أحق بها
"Kebijaksanaan itu adalah milik umat Islam. Di mana saja dia menjumpainya maka dialah yang lebih berhak untuk mengambilnya"
Justeru itu umat Islam tidak perlu bercukup dengan ilmu wahyu. Mana-mana ilmu yang memberi manfaat walaupun untuk dunia sahaja perlu didalami sebaiknya.
Malangnya manusia ini dijadikan tuhan tidak mampu mempelajari semua ilmu sekaligus. Dari sinilah diperkenalkan ilmu secara kolektif. Setiap orang mendalami bidang-bidang tertentu dan mereka sentiasa berkumpul melontarkan kepakaran masing-masing seperti kumpulan usrah dan sebagainya.
Namun begitu ilmu teras kepada semua perlu dimiliki oleh setiap orang Islam iaitu ilmu Fardu Ain. Tidak kira dibidang manapun mereka ceburi, mereka perlu tahu asas berkait ilmu agama dari aspek akidah, feqah dan akhlak."